He pe me ji ku hi bi u ke pu,BloG 7714
Biasela malam-malam buta cam ni, aku dengan geng-geng aku dah tension nak study untuk final. Masing-masing merepek nak buka cerita. Cerita hantu la, misteri la, mistik la… cerita zaman-zaman dahulu kala la.. biasela.. dah name pun tension. Tendency untuk mengarut tu lebih la.. kawan aku yang ku gelar Miss Proxy yang suke wat kecoh dan poyo. Hohoho.. agak la lampi minah ni.. Roommate aku yang sekepala dengan aku. Suka wat perangai gila-gila. Yang sowang lagi ni, suke sangat wat angan-angan nak sambung study kat oversea. Pernah satu malam, tengah kitaorang wat gila-gila terkeluar la secret code group kitaorng which is 7114. nak tahu knape? Si ana ni slalu sangat pasang angan-angan. Takpe-takpe angan-angan pencetus kejayaan. Mat Jenin pun pasang angan-angan.tapi.. mat jenin pernah berjaya ke?jeng….jeng…jeng. Pernah kita orang angan-angan nak pecah bilik prof nak seludup soalan final LE( Litar Elektrik). Hohoho.. Maaf prof.. kitaorang angan-angan je..tapi yang sorang minah ni mencetuskan idea untuk buat (spirit)…alaaaaa yang macam gitu2 apek 2. nk tawu spirit x……..?kalo nak tawu lu piker laaaa sendiri..huhuhuhu. opss tertiru Nabil la pulak….. pastu msk lak psl “benda tue”… biase laa klu duk asrama mcm2 jns ‘bnd tu’ ade… gabung lak 3 otak,, mcm2 citer kuar sampai time miss Pringles dtg ketuk sume t’kejut cipanzi,, monyet,, kera,, cipan,, ayam… sume binatang laa… spi m’jerit…. Dgn miss Pringles t’kejut skali… haa…haa… kelakar lak rase… pe me ji hi bi u ke pu.. nak tahu apr bende ni..? korang rasa ape bende.. jenama baju? Brand perfume? Ha… salah2.. budak letrik je yang tahu.. ( maaf ye bdk2 awam ngan mekanikal). Ala.. kod warna resistor.. yang macam2 kaler tu.. senaraikan sket. Hitam, perang, merah,jingga,kuning…and so on.. (saje nak tnjk terror). Psl 7714 lak psl angan-angan si ana tue…. Die kononnye nak study kat UK… sem 5 nnt nak apply, tp die x nak gi sorang2 die nak angkut kwn2 die gak, die pun tmbh angan2 nak kami ber7 kat 1 tpt.. ye la UK kan bsr… x nak berpisah la kononnye… (friends 4ever la tue) itu pun sorang dah nak cabut dr course letrik nak amik nurse.. x phm tul.. oh psl kod tue… sbnr nye time si ana ckp 77 kat 1 tpt… si miss proxy ni lak slh dgr die igt si ana nie ckp bhs nombor nasib baik aku phm, si miss proxy lak igt kiteorg cam james bond…
Uncategorized | Comment (1)
My Life in `New World`
Tak semua orang sedar bahawa once relationship in our life akan merubah hidup kita. Tak kisah la what kinds of friendship pun. Today, proudly I would like to tell you all about some of friendship I have involved into. Hehehe.. Not really involved, but I have must go through the relationship. First of all, since I was in primary school, friendship is everything for me. I have many best friends with different personalities. Actually one of my friends that I love him so much is really, really my true friend. He always give me supports and hopes to do something especially during exams. Alhamdulillah… both of us grabbed the best result in UPSR. At that time, I feel that he is everything for me. Till we at secondary school, both of us were in separated school. Live in the separated condition will made us have some kinds of feelings. I don’t know what such of feelings is it.
I try to avoid it, but 100% failed. Huh.Until one day, he said that he actually loves me. I’m not sure what kind of love he asked for. We actually tak couple pun. Don’t misunderstand ok. I just want to tell you all betapa perasannye I at that time.. Hohoho. Our relationships as best friends continue as usual until he met a girl that he loves so much. As long as I was his `friend`, even I feel really bad when I got to know about them. For his sake, I tell and pursue my feeling and my heart to let him go even it was the hardest thing that I pernah buat. But, I never regret it. Because I love and respect him as my friend and my big-bro. Till now, even he never think about me anymore, I sendiri pujuk diri I untuk accept what ever he did to me. I know friendship is better than `loveship` ( relationship between a couple).
Cinta sejati akan datang dengan sendiri tanpa kita sedari, the most important, the true love is to The Greatest and The Creator, Allah. Bukan mudah untuk disayangi, tetapi untuk disayangi kita perlu menyayangi.(we have to love to get love). But hidup tanpa cinta adalah hidup tanpa cita-cita. Cinta yang terbaik ialah cinta yang bertalian dengan cita-cita.
Sebagai manusia, kita seharusnya sedar cinta kepada manusia itu bukan segala-galanya tetapi cinta Allah itu lagi besar ertinya kepada kita sebagai hamba-Nya. Semua tulisan tentang cinta akan mudah difahami oleh orang yang pernah mengalaminya. I tak menafikan cinta, tetapi biarlah cinta yang hadir tu the first and the last. Sebab cinta itu anugerah daripada Allah yang amat berharga dalam diri kita. Untuk mentafsir jenis cinta yang kita mahukan terpulanglah kepada kita sendiri. Cinta apa yang kita kejar. Cinta duniawi ataupun cinta Illahi yang hakiki kerana cinta adalah sebuah ketetapan hati yang telah ditumbuhhkan dariNya untuk menghubungkan masa sekarang dengan generasi masa lalu dan generasi akan datang,( Kahlil Gibran).
Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yng membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya, yang demikian tak kudapati selain daripada amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku supaya kelak ia menjai pelita dalam kuburku menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.`
Imam Ghazali
AiharaMiki3o1O08
Current Affairs | Comment (0)Me and My New Life
” Alamak.. mati la aku.. esok ada paper Final trigo..”. Hmm.. My new life.. Change faster,faster,faster, and faster.. with my new friends, new environment, and of course new life. I feel that i`m just left the my secondary school last week. but actually about a year..not really.. rase cam x percaya dah masuk u.. huhuhu.. Percayala…hahaha.. malam-malam cam ni kalu tak boleh tido, this is one of my hobby.. ngadap laptop, and start to write and merepek serta meraban tah apa-apa tah.. bila difikirkan esok ada final paper untuk sem ni, rasa takut plak.. tapi otak dah x boleh nak terima dah.. i remember masa kat hostel dulu.. kene light Off.. Mula la cikgu Azma,Cikgu Dahlia,Cikgu Syakira, and commanly Ustzh Halimah menjerit.. “semua dorm..Tutup lampu..!!!!’ hehehehe.. Terasa pelik pulak mase mula-mula msuk u.. dah terbiasa dgn condition light off. tak boleh bising-bising, tak boleh merayau-rayau, tak boleh nyanyi, tak boleh bergayut kat phone booth.. hehehe,, laghah semua tu.. tapi kat sini.. even semua tu dah xde, but i still feel the condition and the environment when i`m in secondary school.. actually, taklah jauh beza sangat. awal2 bulan boleh la makan KFC,McD, Pizza and etc.. time tgh bulan makan la nasi campur.. time akhir bulan la yang xtahan.. makan megi jew kadang-kadang.. almaklumla.. sengkek.. kalau kat hostel dulu, boleh dikatakan mewah la makan.. dah name pun makan kat DM.. Hari-hari mesti ada ayam..
yang aku tak boleh lupa, aku ingatkan dah tak boleh aku dengar kuliah dan tazkirah macam dulu-dulu. bukan setakat untz wan akashah, ustz wan noh pun still bagi tazkirah kat surau UTm.. wah.. bestnye.. Bila dapat dengar tazkirah diaorang terase macam seronok sangat-sangat.. ustz wan noh dgn lagu hindustannye, hebat bertarannum,, MasyaAllah.. hibanya aku bila kenangan tu aku mainkan semula. menitis air mata aku malam tu bila dengar ustz wan Noh bagi Ceramah Kat surau UTM.. aku rase akulah paling bertuah berbanding rakan-rakan aku yang lain.. hehehe.. jgan marah la wey,, aku tgh feeling neh.. isk3…
Kecantikan luaran itu sebenarnya bukan tali pengukur kecantikan seseorang, tetapi kecantikan dalaman yang kita impikan.. Hiasilah kecantikan kita dengan akhlak yang mulia,, hehehe,, bagi cedramah plak aku.. tu la.. aku selalu ingatkan diri aku, jgn lupa diri. jgn lupa asal usul kita. memangla kita tak boleh nak jadi perfect, tp at least kita bt ap yang terbaik untuk diri kita. jgn buang masa dan benda-benda tak elok.. let ur hopes become ur loves..
wassalam..
AiharaMiki111108
Uncategorized | Comment (0)HIDUP
“Kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita tak pedulikan sayang sangat kat kita. Kadang-kadang kita tak sedar kita terlampau sayang kat orang, sedangkan dia selalu sakitkan hati kita. Dan kita tak pernah sedar, kita bukanya sesempurna untuk mendapat orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita. Dan kita bukan sesiapa untuk buat orang sayang kita sebagaimana kita sayang akan dia kerana kita bukan sesiapapun pada dirinya”
Kita sebagai insan biasa seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Tak semua orang bernasib baik seperti kita. Kita menyangka kitalah yang paling menderita, padahal ada lagi insan yang terpaksa menanggung penderitaan yang lebih perit dan menyakitkan. Percayalah kepada takdir yang telah ditentukan tapi bukan bermakna menyerah seluruhnya kepada takdir sebaliknya berusaha meningkatkan keyakinan diri untuk mengubah diri supaya bertambah baik. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari semalam lebih baik daripada hari sebelumnya.
Mengapa dalam hidup ini tidak semua yang kita nak, kita akan dapat? Itulah kekuasaan Yang Maha Esa satu-satunya al-Khalik yang mencipta seluruh alam maya.. kalau kita ditakdirkan bertemu seseorang yang bakal menjadi teman hidup kita, maka redhalah.. Terima dengan rasa bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan kita peluang bersama orang yang kita sayang. Jikalau sebaliknya maka redhakanlah jua kerana mungkin itu yang terbaik untuk kita. Dia sesungguhnya Maha Pemberi Kurnia. Memberikan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
Jika kita kehilangan orang yang kita sayang, kita sepatutnya tahu, pencipta kita tidak pernah sedetikpun meninggalkan kita. Cuma kita kadang-kadang lupa dan untuk mengucapkan syukur kepadaNya apabila mendapat apa yang kita inginkan. Itulah lumrah hidup manusia. Lupa dan alpa..
Kesunyian mengajar kita hidup berdikari. Tangisan adalah kasih sayang. Namun, satu yang akan kita ingat seumur hidup; kenangan…..
aihaRamiKi90130708
Current Affairs | Comment (0)